CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 30, 2012

Usrah Budaya Kita :)

Alhamdulillah, Syukur pada Allah.. untuk semua yang Allah beri :) ^^

Dalam banyak2 manusia dalam dunia ni, Allah masih pilih kita untuk jadi hambaNya yang beragama Islam, Hamdalah ^^

Pagi ini sempat bersama beberapa orang junior PASUM. berkongsi ilmu tentang tarbiyah dan ukhwah bersama mereka. Sungguh, dari 1000++ jumlah pelajar PASUM, mereka yang Allah pilih bersama kami :)

Dalam masa 3 minggu lagi, inshaAllah mereka akan berjuang di medan dewan peperiksaan pula. Saya sentiasa mendoakan yang tebrbaik buat mereka. 

Ya Allah bantulah mereka yang senantiasa membantu agamaMu ^^

Snap dari jauh, nak post yang paling cantik dan tenang dipandang^^

Teringat di zaman PASUM dulu, selalu berhalaqah di surau bersama kawan2, ada sahaja update cerita best2 dari fb, isu semasa, newspaper, etc. Ah, rinduu! 

Andai kata sahabat2 di masa lalu itu terbaca post ni, sila la buat apa yang patut okay, miss u all (Ain, Jiha, Wani, Sima, Nana, Nuril, Umi, Ira)  :(

Moga setiap yang berlaku punya hikmah~

-Di medan juang sarjana muda ini aku mengenali lebih lagi makna persahabatan, nilai ukhwah, menghargai kebersamaan itu di masa lalu..-


~Nothing impossible with HIM~

Monday, July 23, 2012

Posisi dia disisiku :)

Salam Ramadhan Kareem buat semua :) 


Sekian lama tidak di jenguk laman sesawang ku ini..

Sebenarnya rasa nk update lepas lihat dan korek semula blog sahabat yang lain, seronok rasa dapat lihat mereka rasa tercabar dengan tindakan kita dan dapat mereka coretkan sedikit sebanyak untuk dimanfatkan pada orang lain.

"Khairunnas man yarfaunnas"

 -Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain-

Saya dah lama tak baca coretan hati mereka, so...nak tengok siapa yang paling alert nk respons! :)

Friday, March 2, 2012

Dan kerana ia manis! :)

Hampir 4 tahun menjalin ukhwah, sungguh aku sayang mereka ya Allah!




Seorang demi seorang aku tatap wajah2 indah mereka… sayu hati lihat riak wajahnya.

Sungguh, aku sayang dia demi Dia :)

X terkata nilai persahabatan, hingga merembeskan airmata ~

Walau apapun, mereka kelihatan kuat pada aku. Alhamdulillah, disaat jiwaku gersang satu persatu jiwa2 kerdil itu hadir menyampaikn kata2 indah, ingatan buat diriku yang lemah, hina, tidak bernilai.

Nikmat apakah ini Ya ALLAH… ALLAH…ALLAH…ALLAH..

Akan aku semat nama2 mereka dlm lubuk hati ini..

Inspired by the ukhwah!




AIN WANI NURIL NANA SIMA IRA JIHA UMI,

syg kamu semua <3

~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

Sunday, February 5, 2012

Rindu Hero :)



Belum pernah aku jumpa, tapi rindu membuak-buak!

(sampaikan salamku padanya,ya Allah ^^)

~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

Thursday, February 2, 2012

Spider- Web ^^

27 jan 12

Alhamdulillah, pagi Jumaat ini aku masih lagi diberi nafas oleh Sang Pencipta, Allahu akbar….Allahu akbar.. Allahu akbar…
Pagi-pagi tadi aku bersama-sama Aina, Fatihah (anak2 buah ku yang comel-comel belaka^^) menyapu sampah di halaman. Terlihatkan karenah mereka berdua, mencuit hati kecil ku… sungguh, anak2 kecil yang tidak berdosa ini Allah campakkan rasa kasih sayang dalam diri kita sebagai manusia.
Perkongsian hari ini aku petik dari sebuah buku yang aku sendiri tak ingat sebenarnya bila aku beli :) tapi yang jelas aku tulis di muka depan buku ni “15 Ramadhan 1428, 27 Sept 2007”, pasti ketika aku di tingkatan 5 waktu itu.
Buku berjudul, ‘PASAK-PENGUKUHAN AKIDAH MENERUSI PENGHAYATAN SAINS DALAM AL QURAN’ karya DR MOHD ARIP HJ KASMO.



LABAH-LABAH YANG MEMBUAT SARANG MENURUT AL QURAN.
Allah berfirman dalam surah al Ankabut , ayat 41 :
Maksudnya: misal bandingan orang –orang yang menjadikan benda-benda lain sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang yang paling reput ialah sarang labah-laba, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyatakan bahawa bandingan orang-orang yang mengambil selain daripada Allah sebagai pelindung (yang diharapkan pelindungannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang. Dalam ayat ini perkataan yang menakjubkan ialah perkataan ittakhazat yang bermaksud mengambil. Tetapi perkataan ini merujuk kepada pihak ketiga iaitu labah-labah betina. Seseorang yang mahir dalam bahasa Arab memahami bahawa labah-labah yang membuat sesawang merupakan labah-labah betina.

~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

CINTA NYA 1, 2, 3

17 jan 12

1, KASIH NAN ABADI TIADA TANDINGI DIA YANG SATU
2, MEMBAWA KE SYURGA.. KASIHNYA IBU
3, SAYANG BERPANJANGAN, RELA BERPAYAHAN.. KASIHNYA AYAH

Aku termenung sendirian di tikar sejadah.. usai solat isya itu aku terus baca surah Yaasin. Dengan harapan dapat aku timbang tara kembali perlakuanku sebagai seorang anak. Layak ke aku jadi anak solehah? Risau aku di buatnya…makin banyakku baca makin laju pulak airmata ni meluncur.. aduh!!!!
Then aku sudahkan bacaan surah tersebut, entah syaitan tahap apa yg cuba merasuk. Kalau fikir semula, perangai aku yang macam kebudakan ni sepatutnya sudah lama aku kikis lagi-lagi sebagai aktivis dakwah. Kuat merajuk! Astaghfirullah…
Teringat ayat “Ridho Allah terletak kepada ridho kedua ibu bapa”… Oh, Allah...Ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku sejak aku kecil lagi… :(

~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

Sunday, January 15, 2012

RINDU BAITULLAH…SAMPAIKAN HASRATKU YA ALLAH…



Berpagian hari ini dengan buku menarik yang seterusnya menggamit hatiku. Lantas terlihat, gegas aku gapai dengan tujuan untuk aku kongsikan sebanyak mugkin kebaikan dengan ummat!

:TEMAT-TEMPAT BERSEJARAH MAKKAH DAN MADINAH:

=tulisan KALAM HAMIDI AL HAJ=

>Keistimewaan Masjidil Haram<

Keistimewaannya banyak disebutkan di dalam hadith-hadith Baginda s.a.w. Antaranya; Ibnu Abd Malikah berkata : Rasulullah bersabda (yang ertinya): Sekali sembahyang di masjidku ini (Masjid Madinah), lebih baik daripada seribu kali sembahyang di masjid lain kecuali Masjidilharam, dan sekali sembahyang di Masjidilharam, dua puluh lima ribu kali sembahyang di masjid-masjid lain. Allah…Allah.. bertambah kerinduanku ke sana.. Ya Allah, Kau sampaikanlah hasrat hambaMu ini Ya Allah…namun kerinduanku kepada Mu juga KekasihMu tidak pernah berkurang…amin…amin..

Sayu pagi ni, bersama seorang sahabat yang menemani. Dalam proses mentarbiyah segala kemungkinan boleh berlaku. Terkadang diri yang ingin metarbiyah itu bakalan ditarbiyah dulu olehNya. Moga aku bersedia :)

-NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM-

Friday, January 13, 2012

Allah... Alhamdulillah..

Allahu robbi.. dengan segala nikmatyang Allah kurniakan pasti kita tak terdaya nak lafazkan rasa syukur..

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Wahai diri, selalu ingat Allah ye :)




Alhamdulillah, sekali lagi saya panjangkan kesyukuran setelah usai berperang dengan minggu peperiksaan. Namnu sebenarnya dalam hatisaya lebih risau apa yang perlu saya isikan diri ini selaku daie dan aktivis Islam, risau asyikleka dengan nikmat dunia yng bermacam! Lantas seorang sahabat mencadangkan untuk saya habiskan buku2 ilmiah yang telah lama terbengkalai disimpan rapi dalam rak buku2 :) Allahu robbi, indahnya berukwah kerana Islam!

Berpagi-pagian dengan sebuah buku karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang ulama dan idola bagiku dengan karangan beliau :TAQWA:..

Ya, sudah lama buku ini di pasarkan, cuma saya yang baru beli, alhamdulillah! :)

Kerana apa saya beli sbb pertama mmg dah lama sangat tak beli buku2 ilmiah untuk cambahkan otak yang dah berkarat ni. kedua sebab bila selak je page first, tajuk yang saya baca: Manfaatkan kekayaan dan kesihatan: terus saya terfikir ttg 5 sebelum 5~
sangat membina buku ini padasaya, jadi modal untuk menyampaikan pada orang lain..

Ingin saya kongsikn dengan anda semua yang membaca, antara quote yang menarik:-
"Harta boleh dicapai sebanyak mana dan sedaya mampu yang dilakukan, tetapi bukan untuk menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya"..

Saya galakkan anda semua untuk dapatkan buku ni bagi yang tiada, serius best!

Moga entry ini bermanfaat untuk semua, maaf atas salah dan silap..

barakallahu fikum~

:NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM:

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...