CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 2, 2012

Spider- Web ^^

27 jan 12

Alhamdulillah, pagi Jumaat ini aku masih lagi diberi nafas oleh Sang Pencipta, Allahu akbar….Allahu akbar.. Allahu akbar…
Pagi-pagi tadi aku bersama-sama Aina, Fatihah (anak2 buah ku yang comel-comel belaka^^) menyapu sampah di halaman. Terlihatkan karenah mereka berdua, mencuit hati kecil ku… sungguh, anak2 kecil yang tidak berdosa ini Allah campakkan rasa kasih sayang dalam diri kita sebagai manusia.
Perkongsian hari ini aku petik dari sebuah buku yang aku sendiri tak ingat sebenarnya bila aku beli :) tapi yang jelas aku tulis di muka depan buku ni “15 Ramadhan 1428, 27 Sept 2007”, pasti ketika aku di tingkatan 5 waktu itu.
Buku berjudul, ‘PASAK-PENGUKUHAN AKIDAH MENERUSI PENGHAYATAN SAINS DALAM AL QURAN’ karya DR MOHD ARIP HJ KASMO.



LABAH-LABAH YANG MEMBUAT SARANG MENURUT AL QURAN.
Allah berfirman dalam surah al Ankabut , ayat 41 :
Maksudnya: misal bandingan orang –orang yang menjadikan benda-benda lain sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang yang paling reput ialah sarang labah-laba, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyatakan bahawa bandingan orang-orang yang mengambil selain daripada Allah sebagai pelindung (yang diharapkan pelindungannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang. Dalam ayat ini perkataan yang menakjubkan ialah perkataan ittakhazat yang bermaksud mengambil. Tetapi perkataan ini merujuk kepada pihak ketiga iaitu labah-labah betina. Seseorang yang mahir dalam bahasa Arab memahami bahawa labah-labah yang membuat sesawang merupakan labah-labah betina.

~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

No comments:

Post a Comment

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...