CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 16, 2011

KETIKA AKU DIUJI

SUNNAH ORANG BERJUANG
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tawhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa mara teguh mamburu cinta
Membara demi Allah dan RasulNya



Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang PAHIT
Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

Ketika aku diuji hari tu, macam2 yang aku fikirkan...

Layak ke aku berdiri sebaris dalam saf perjuangan ni??

Termenung aku...jadi kebiasaan, aku akan tuntut nasihat dari adik-beradik seperjuangan...Astaghfirullah!! Sepatutnya aku bersyukur, jadi antara orang2 yang Allah pilih untuk lalui jalan susah, datang seorang sahabat ingatkan aku tentang ayat cinta-Nya, Surah Al-Baqarah :216 Macam mana aku boleh mengaku pejuang disaat aku duji, aku mengalah! Bertepuk tangan syaitan agaknya..

Alhamdulillah, kehadiran adik-beradik sangat2 banyak membantu.. Memang xsemua orang faham situasi kita tapi yang pastinya semua orang juga dalam ujian Allah.. Syukran ya ukhti habibati =)



Moga segala yang berlaku jadi teguran terus dari Allah buat diri ini dan terus dekat denganNya lantas dikurniakan tsabat dalam perjuangan. Takbir! Allahuakbar!

FATIMAH, bersemangatlah! (^_^)

~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

No comments:

Post a Comment

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...