MANIS. sungguh!
Berbunga-bunga hatiku bila dapat 1 mesej ringkas dari seorang 'adik-beradik' yang aku sayang;
"Ku pohon pada-MU YA ALLAH, moga ukhuwah kami teguh buat selama-lamanya.
Kerana dia sahabatku..
Kerana, pada jalan-Mu kami bertemu..
Kerana hati kami bertaut ketika memadu kasih dan sayang-Mu..
Ku pohon, lindungilah dia dengan maghfirah-Mu..
Agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman, bukan pada nafsu..
Agar jiwanya tak mudah dimamah bisikan syaitan..
Agar tak dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan..
Ku pohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertemu Penciptanya hingga saat kami bertemu di sana.."
Tambah teruja pada kata-kata seorang ukhti Mas yang aku terima selepas itu;
"Bertemu dalam doa..
Saat hati bertaut dengan kekuatan doa,dalam doa kita bertemu.
Saat hati bertaut pada seruannya, dalam doa kita bertemu.
Saat hati bertaut pada ujiannya, dalam doa kita bertemu.
Dlama doa kita bertemu, merafak sembah ampun dan maaf, memohon dambaan jiwa seorang hamba.
Saat betemu insan dalam doanya, terasa kukuhnya ikatan itu. Kerana sahabat mendengar bisikan doa dari hati yang bertemu dalam doa..
Munajat di sepertiga..
Akhirnya doa kita menjadi satu.
Teguh di sisi kasih sayang tuhan, Amin!
~Salam Qiam. Nanti kejut qiam sama-sama~"
Allahuakbar! tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan, bercampur baur.
Gembira. Terharu. Seronok. Nikmat. Suka. Alhamdulillah =)
Sungguh aku rasai kehadirannya, wahai hati rasailah nikmat dari Tuhanmu ('',)
~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~
No comments:
Post a Comment