CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 18, 2011

Andai Rasulullah masih ada :)



Ingin sekali aku melihat & mendengar Baginda berbicara :)

Al Hasan Bin Ali r.a. meriwayatkan;

"Aku pernah bertanya kepada pakcikku, Hindun Ibnu Abi Halahyg sangat pandai menggambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya, 'Gambarkan kepadaku bagaimana Rasulullah berbicara'.

Lalu dia pun berkata, 'Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat perihatin dan sentiasa berfikir.Banginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yng perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan dengan menyebut nama Allah.

Ucapan Baginda selalunya padat, terperinci, dan jelas- tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan.Urusan dunia berserta isinya pula tidak pernah membuat Baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar, Baginda tidak akan duduk diam sehingga kebenaran itu ditegakkan kembali. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi. Ketika menunjukkan sesuatu, Baginda selalu menggunakan seluruh tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (tapak tangan).

Ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling,ketika berasa tenang,Baginda menundukkan pandangan. Tawa Baginda adalah senyuman, dan baginda kelihatan seperti butiran salju.'"


~Riwayat Al-Tirmizi~

~dipetik dari GENQ edisi ke-3~

-NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM-

Monday, September 19, 2011

Istimewanya Si Istimewa

-LIMITASI BUKAN PENGHALANG CAPAI MINDA KELAS PERTAMA-



Sem ni saya berpeluang join PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa UM), Alhamdulillah 
Terkadang sebagai manusia biasa aku sendiri lalai dengan nikmat yang Allah kurniakan, astaghfirullah!

Cukup sekadar semua yang membaca entri kali ini sedar betapa bertuahnya kita kerana masih mampu melihat, menulis, membaca, mendengar, merasa dan sebagainya. Wahai diri, jgn sekali2 merasa bangga dengan setiap milikanmu hatta nyawa & dirimu itu adalah kepunyaan Yang Esa!

Tatkala saya hadir ke meeting tersebut, agak awal, setiap pergerakan, tingka laku sapat saya perhatikan. Ya, sudah berpuluh bahkan beratus kali saya menghadiri meeting@ perjumpaan yang sedemikian. Suasana yg biasa saja. Namun insan2 yang hadir menjadikan hati saya luluh, airmata bergenang. Jujur saya katakana yg mereka ini sangat tabah, sahabat2 istimewa. Ramai daripada mereka yg kurang penglihatan, hanya menggunakan tongkat, ada yang berkerusi roda, menggunakna kanta mata yg entah setebal apa; sangat mengharukan!

Satu sahaja yg mampu saya fikirkan ketika itu “Andai Allah menghendaki sesuatu pasti Dia mampu. Ya Allah kuatkan hati insan2 shbt istimewa ku ini Ya Rahman”.. tak terbayang rasanya sekiranya berada di tempat kalian, wahai shbt.

Saya mengambil kesempatan menyeru shbt2 yg berkelapangan untuk menjadi SUKARELAWAN/READER PERMIUM bagi mereka2 yang sangat memerlukan..

http://www.youtube.com/watch?v=lRKPCdao03I
~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

Saturday, April 23, 2011

“Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku”



MOTIVASI BUAT DIRI ;)

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah...sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak tenampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehinggamemasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar ditelinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah.. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"

Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuh ku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih.Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi..

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu keseluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...


::: Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini? :::

dipetik dari http://www.facebook.com/notes/aq-hamba/aku-mahu-tinggalkan-dunia-dalam-sujudku-fatimah-al-zahra/207187385969958

Moga diriku menjadi pewaris Fatimah Az-Zahra...insyaAllah..=)

Sunday, March 6, 2011

Menjejak Generasi Kepimpinan Islam



Untuk penyertaan, sila hubungi:-

Munirah: 013-9659075
Nik Zaharah: 013-2968365

~Nothing impossible with HIM~

Saturday, January 22, 2011

KIWI vs KIIWEE

Salam 'alaik buat semua..

Entry kali ni saya bawakan kepada anda beberapa cabaran baru, sempena sem baru =) (xde kaitan langsung dengan buah kiwi)

KIIWEE yang saya maksudkan adalah : Kolej Ungku Aziz (KUAZ)International Islamic Week 2011.

Butir2 aktiviti:
Tarikh: 24hb-26hb Januari 2011
Hari : Isnin-Rabu

Antara aktiviti menarik, yang terbuka kepada SEMUA YANG MEMBACA...



more details;



(yang ni paper disediakan, just text the person in charge)

Next, the second day ;



Lastly, hari terakhir ada majlis penutupan KIIWEE. Antara performance dijemput hadir adalah Kumpulan Wingchun (salah satu martial art kaum Cina ala2 kung fu) dan Band KUAZ.

Moga dengan usaha yang sedikit, diiringi dengan niat yang ikhlas bergerak kerja untuk Islam, Allah pandang usaha kita InsyaAllah. Syukran jazilan buat semua tenaga kerja pejuang2 dakwah Islam KUAZ especially projek KIIWEE ni. Jazakillah khairan jazak. (^___^)

~NOTHING IMPPOSSIBLE WITH HIM~

Sunday, January 16, 2011

KETIKA AKU DIUJI

SUNNAH ORANG BERJUANG
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tawhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa mara teguh mamburu cinta
Membara demi Allah dan RasulNya



Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang PAHIT
Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

Ketika aku diuji hari tu, macam2 yang aku fikirkan...

Layak ke aku berdiri sebaris dalam saf perjuangan ni??

Termenung aku...jadi kebiasaan, aku akan tuntut nasihat dari adik-beradik seperjuangan...Astaghfirullah!! Sepatutnya aku bersyukur, jadi antara orang2 yang Allah pilih untuk lalui jalan susah, datang seorang sahabat ingatkan aku tentang ayat cinta-Nya, Surah Al-Baqarah :216 Macam mana aku boleh mengaku pejuang disaat aku duji, aku mengalah! Bertepuk tangan syaitan agaknya..

Alhamdulillah, kehadiran adik-beradik sangat2 banyak membantu.. Memang xsemua orang faham situasi kita tapi yang pastinya semua orang juga dalam ujian Allah.. Syukran ya ukhti habibati =)



Moga segala yang berlaku jadi teguran terus dari Allah buat diri ini dan terus dekat denganNya lantas dikurniakan tsabat dalam perjuangan. Takbir! Allahuakbar!

FATIMAH, bersemangatlah! (^_^)

~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...