minggu ni saya dan sahabat2 sibuk menguruskan minggu sukan & jogathon asasi...macam2 yang perlu diuruskan, mana taknye dengan nombor jogathon, duit sumbangan, jadual permainan dan pelbagai lagi...memandangkan saya selaku bendahari asasi terpaksa menguruskan duit sumbangan yang beribu2 jumlahnya..macam2 ragam student asasi, ada yang memmahami tugas dan bebanan kami mudah diajak berbincang. tidak kurang ada juga yang agak sukar untuk menghulurkan bantuan..alhamdulillah,Allah masih sayangkan kami semua dengan menetapkan pelbagai mehnah dan cabaran dalam menunaikan tanggungjawab ini..apatah lagi dengan imej bertudung labuh yang kami bawa, merupakan suatu perkara yang penting bagi kami utuk memastikan nama Islam tetap terunggul sejajar dengan pembawaan kami dalam masyarakat asasi...
kali ini Allah bukakan pintu hatiku untuk berkongsi beberapa nilai yang seharusnya dititik beratkan dalam bergerak atas nama Islam...mungkin ada yang memandang remeh dengan aktiviti sukan yang dianjurkan kali ini..saya berasa terilan apabila ada antara sahabat2 yang sefikrah sendiri tidak mahu turun padang mengambil bahagian dalam setiap permainan yang dijalankan...bukankah Islam itu syumul?? yang mana kita fahami setiap aspek dalam kehidupanm manusia itu saling berkait antara satu sama
lain..
sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh asy-syhid imam Hasan al-Banna dalam karanagn beliau 'usul dua puluh' ada menyatakn bahawa:-
Islam adalah dakwah
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ
عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang
beruntung”. (S 3:104)
berdasarkan point inilah yang ingin saya kaitkan dengan poin t yang seterusnya, yang mana beliau turut mengatakan bahawa:
Islam adalah akhlak
Islam adalah akhlak. Sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan
berat Islam terhadap akhlak amatlah jelas, kerana Al-Quran telah menyebutkan
akhlak-akhlak yang baik, iaitu akhlak yang menjadi sifat-sifat orang mukmin.
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi-pekerti yang agung”. (S 68:4)
Dan diriwayatkan dari Aisyah (r.a), sewaktu beliau menerangkan akhlak
Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata:
خلقه القران
‘Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran’.
secara mudahnya, dalam kondisi student asasi, saya dapat melihat kaitan yang sangat jelas antara keduanya yang mana kedua2 elemen ini sangat penting dan seharusnya dipraktikkan oleh golongan yang mengerti terutamanya mahasiswa aliran agama...
moga cetusan buah fikiran ini menjadi titik tolak kepada sahabat2 saya, terutamanya yang berperanan sebagai ketua kerana anda memegang taklifan Allah swt yang jelas untuk direalisasikan...
~tiada yang mustahil denganNya~
Ayat Penawar Sakit
5 years ago
No comments:
Post a Comment