CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 26, 2009

BILA LEMBU KENE SEMBELIH!

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN

Oleh:

Ustaz Sayed Hasan Alatas

http://www.shiar-islam.com


'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

“Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)


Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan

Tuesday, November 24, 2009

SERANGAN AQIDAH!!!

saya ingin kongsikan satu info yang amat berbahaya sedang menerobos ke dalam semua pelosok negara Islam kini..

PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL
mungkin ramai yang merasakan isu ini telah kolot dan ketinggalan zaman, namun hakikatnya masih ramai antara kita yang masih lagi termangu2 apabila diajukan solan mengenai islam liberal ini..lantas saya kongsikan pembacaan saya yang baru, tulisan Hj Mohammad Ariffin bin Ismail.

sejarah islam liberal

Gerakan islam liberal ini sebenarnya adalah pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara barat yang telah masuk ke seluruh bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, liberalisme budaya, liberalisme politik dan juga liberalisme agama. Gerakan liberalisme di barat bermula dengan gerakan reformasi yang bertujuan untuk menentang kekuasaan gereja, menghadkan kekuasaan politik, mempertahankan pemilikan serta menetapkan hak asasi manusia(Harlord Laski dan John L. Stanley, The Rise of European Liberalisme,London, 1997 m.s 15.


Gerakan liberalisasi agaama ini telah lama meresap ke dalam agama Yahudi dan Kristian. Contohnya, Gerakan Yahudi Liberal(Liberal Judaism) telah muncul pada abad ke-19 sebagai usaha untuk menyesuaikan dasar2 agama yahudi dengan nilai2 zaman pencerahan (Enlightment) tentang pemikiran rasional dan bukti2 sains. Organisasi Yahudi Liberal diasaskan pada tahun 1902 oleh orang yahudi yang memiliki komitmen terhadap falsafah liberal dengan tujuan mempercayai kepercayaan dan tradisi yahudi dalam dunia kontemporari. Akibatnya daripada pemahamn liberal tersebut maka daripada 31 pemimpin agama yang tergabung dalam persatuan Rabbi Yahudi Liberal ( Liberal Judaism's Rabbinic Conference) terdapat 4 orang rabbi lesbian dan 2 orang rabbi gay. (Adian Husaini, dalam pengantar buku 50 Tokoh Islam Liberal, Budi Hadrianto, ms xvii).


Akhir2 ini pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama yahudi dan kristian mula diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim seperti yang dilakukan oleh Nasr Hamid Abu Zayd(Mesir), Muhammad Arkoun(Al Jazair), Abdulah Ahmed Naim(Sudan), Asghar Ali Enginer(India), Aminah Wadud(Amerika), Noorkholis Majdid, Syafii Maarif, Abdurrahman Wahid, Ulil Absar Abdalla(Indonesia), dan ramai lagi.

Saturday, November 21, 2009

ANTARA DAKWAH DAN PENDAKWAH

minggu ni saya dan sahabat2 sibuk menguruskan minggu sukan & jogathon asasi...macam2 yang perlu diuruskan, mana taknye dengan nombor jogathon, duit sumbangan, jadual permainan dan pelbagai lagi...memandangkan saya selaku bendahari asasi terpaksa menguruskan duit sumbangan yang beribu2 jumlahnya..macam2 ragam student asasi, ada yang memmahami tugas dan bebanan kami mudah diajak berbincang. tidak kurang ada juga yang agak sukar untuk menghulurkan bantuan..alhamdulillah,Allah masih sayangkan kami semua dengan menetapkan pelbagai mehnah dan cabaran dalam menunaikan tanggungjawab ini..apatah lagi dengan imej bertudung labuh yang kami bawa, merupakan suatu perkara yang penting bagi kami utuk memastikan nama Islam tetap terunggul sejajar dengan pembawaan kami dalam masyarakat asasi...



kali ini Allah bukakan pintu hatiku untuk berkongsi beberapa nilai yang seharusnya dititik beratkan dalam bergerak atas nama Islam...mungkin ada yang memandang remeh dengan aktiviti sukan yang dianjurkan kali ini..saya berasa terilan apabila ada antara sahabat2 yang sefikrah sendiri tidak mahu turun padang mengambil bahagian dalam setiap permainan yang dijalankan...bukankah Islam itu syumul?? yang mana kita fahami setiap aspek dalam kehidupanm manusia itu saling berkait antara satu sama
lain..

sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh asy-syhid imam Hasan al-Banna dalam karanagn beliau 'usul dua puluh' ada menyatakn bahawa:-

Islam adalah dakwah
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ
عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang
beruntung”. (S 3:104)

berdasarkan point inilah yang ingin saya kaitkan dengan poin t yang seterusnya, yang mana beliau turut mengatakan bahawa:

Islam adalah akhlak
Islam adalah akhlak. Sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan
berat Islam terhadap akhlak amatlah jelas, kerana Al-Quran telah menyebutkan
akhlak-akhlak yang baik, iaitu akhlak yang menjadi sifat-sifat orang mukmin.

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi-pekerti yang agung”. (S 68:4)

Dan diriwayatkan dari Aisyah (r.a), sewaktu beliau menerangkan akhlak
Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata:
خلقه القران
‘Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran’.

secara mudahnya, dalam kondisi student asasi, saya dapat melihat kaitan yang sangat jelas antara keduanya yang mana kedua2 elemen ini sangat penting dan seharusnya dipraktikkan oleh golongan yang mengerti terutamanya mahasiswa aliran agama...

moga cetusan buah fikiran ini menjadi titik tolak kepada sahabat2 saya, terutamanya yang berperanan sebagai ketua kerana anda memegang taklifan Allah swt yang jelas untuk direalisasikan...

~tiada yang mustahil denganNya~

Wednesday, November 18, 2009

JALAN DAKWAH

inilah jadual kuliahku untuk minggu pertama buat semester kedua...masih tiada tutorial dan lab...
setelah hampir sebulan tiada entry dalam blogku..hampir 2 minggu aku dan sahabat2 seperjuangan bercuti...namun dalam waktu cuti ini aku dan beberapa sahabat yang lain sempat mem'bedah' sebuah buku yang amat menarik untuk dikongsi bersama..dan aku yakin mungkin juga ramai antara pemuda-pemudi harapan agama yang suci ini telah lama atau beberapa kali membedahnya terlebih dahulu...

lantas, entry kali ini aku kongsikan sebuah buku yang sangat bermanfaat bagiku:-

JALAN DAKWAH,ANTARA QIADAH DAN JUNDIYAH..
KARANGAN:MUSTAFA MASYHUR

pelbagai isi yang bermanfaat dapat aku perolehi dalam pembedahan kali ini..
namun yang paling penting pada siri lembaran hidup aku kali ini pengajaran yang terpenting dapat aku kutip adalah

"KEPIMPINAN BUKANLAH SATU KEMULIAAN"

moga kepimpinan Islam masa kini dan hadapan sedar akan perkara sepenting ini sekaigus mampu melahirkan rantai2 perjuangan Islam yang dimuliakan Allah...biiznillah...:)

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...