CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 25, 2009

"Iman,kamu cuti hari ini?"

Iman: Assalamualaikum.
Diri: Wa'alaikumsalam. Oh, Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang
ke pejabat. Kamu cuti ke?
Iman: Apa pula saya cuti bos. Saya kan diberikan cuti.
Diri: Oh ye, lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan
keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi kelam-
kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan
kamu.
Iman: Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan dari
En. Nafsu?
Diri: Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar
gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.
Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.
Diri: Eh, jangan! Tolong saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman: Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami
sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.
Diri: Saya rasa serba salah la pula.
Iman: Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu, bos.
Diri: Saya tahu. Jauh di sudut hati saya, saya memang perlukan kamu, En. Iman. Iri
hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang
macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang
berlaku. En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat ,puasa, zikir,
Al-Quran dan apa2 yang patut.
Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat CEO (Allah s.w.t.) sebagai muttaqin.


kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan segala tentang diri, makan, minum, pakaian, mpelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan imanm kita. Buatlah keputusan yang terbaik dan pilihlan agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.

adaptasi: majalah solusi- isu 13~


~NOTHING IMPOSSIBLE ONLY WITH HIM~

No comments:

Post a Comment

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...