Paper hari ni, FQAH 0113- physiology of organism..alhamdulillah, dah selesai..
Terselak satu halaman dalam satu majalah islamik..saya kongsikan di sini..
SUDAHKAH ANDA MERASAKAN MANFAAT SOLAT?Imam Hasan Al-Basri pernah mengatakan,
"Wahai manusia, solat adalah perkara yang dapat menghalangimu daripada maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari melakukan maksiat dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat".
Dari nasihat beliau ini, dapat kita memahami bahawa solat yang dilakukan secara benar akan membawa pengaruh positif kepada si pelakunya. Dan di kesempatan ini, marilah kita menghayati beberapa manfaat2 solat, dan kemudian kita tanyakan kepada diri sendiri, SUDAHKAH AKU PEROLEHI MANFAAT SOLAT?
1)Solat adalah simbol ketenangan.
Solat menunjukkan ketenangan jiwa dan kesucian hati para pelakunya. Ketika menunaikannya denga sempurna, maka diraihlah puncak kebahagiaan hati dan sumber segala ketenangan jiwa. Dahulu, orang2 solih mendapatkan ketenangan dan menyelesaikan segala permasalahan ketika mereka tenggelam dalam kekhusyukan solat.
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam sunannya,
Suatu hari'Abdullah bin Muhammad al-Hanafiyah pergi bersama bapanya menjenguk saudara mereka dari kalangan Ansar. Kemudian masuklah waktu solat. Dia pun memanggil pelayannya, "Wahai pelayan, ambillah air wudhu'! Semoga denga solat aku boleh beristirehat," kami pun mengingkari perkataannya. Dia berkata, "Aku mendengar Nabi Muhammad bersabda,'Berdirilah Bilal, istirehatkanlah kami dengan solat'"
2)Solat adalah cahaya
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, dari sahabat Abu Malik al-'Asy'ari r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,
والصلاة النور
yang bermaksud: dan solat itu cahaya.
Oleh kerana itu, marilah bersama2 kita lihat kembali sudahkah cahaya ini menerangi hidup kita? Dan sungguh sangat mudah jika kita ingin mengetahui adakah solat telah mendatangkan cahaya bagi kita? Yakni dapat kita semua lihat, apakah solat membawa ketaatan kepada Allah dan menjauhkan dari maksiat kepadaNya? Jika sudah, maka solat itu telah menjadi sumber cahaya bagi kehidupan kita. Inilah cahaya awal yang dirasakan manusia di dunia. Dan kelak di akhirat, ia akan menjadi cahaya yang sangat di perlukan, yang menyelamatkannya dari pelbagai kegelapan hingga menghantarnya ke syurga Allah s.w.t...
bersambung..
aminn, ya robb:)