Daripada Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah pada setiap satu daripada ruas tersebut. Para sahabat bertanya:'Siapakah yang berdaya melakukannya ya Rasulullah?' Lalu baginda bersabda: Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau neghilangkan halangan di jalan raya, kalau tidak dapat lakukan maka dengan melakukan solat 2 rakaat Duha memadai baginya'.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
InsyaAllah orang yang melakukan solat duha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain2.
Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata: "Rasulullah s.a.w.berpesan kepadaku dengan 3 perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, solat sunat duha dan solat witir sebelum tidur."
Ayat Penawar Sakit
5 years ago