CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 30, 2009

SEINDAH MAWAR BERDURI

Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.
Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia
selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.
‘Tomorrow…please present this topic. Assalamualaikum..’” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.
“Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?” Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.
“Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.
“Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.
“Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.
“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit.
“Sombong pun sombonglah.. thanks!’” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.
“Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu-Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.
“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.
“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.
“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!
“Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar.
“Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.
“Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” kata-kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….
“Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.

Friday, September 18, 2009

28 RAMADHAN 1430H

terasa bagai baru semalam aku menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini..namun hanya berbaki beberapa hari lagi untuk aku menunaikan kewajipan berpuasa...sungguh, mungkin kini akhir zaman masa dirasakan begitu cepat berlalu kerana kurang menberkatannya berbanding zaman para sahabat terdahulu....Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami..

hari ni aku berpeluang iftor dengan sahabt2 apids muslimin dan muslimat..tapi stil ada yang xdapat hadir memandangkan diorang semua nak balik rumah...la baks, alhamdulillah masih diberikan peluang untuk berbuka dengan sahabat...seronok sangat...:)

Tuesday, September 15, 2009

ALHAMDULILLAH WA SYUKUR LILLAH



tidak terkata perasaan yang ingin aku titipkan hari ini...
sungguh aku bersyukur mempunyai seorang tutor,naqib, dan dialah juga ukhti bagi diriku...hari ini kelas terakhir kami bersamanya...sedih rasanya mengenangkan selepas ini mungkin sekali peluang untuk bertemu dengannya amat tipis.....

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN...satu nama yang hebat dalam bidang penulisan...karyanya menjadi pembimbing diriku selaku seorang remaja yang sememangnya memerlukan murabbi sepertinya...

inginku mengesyorkan antara karya beliau yang ada dalam simpanan diri ini:

1)TAUTAN HATI
2)SYABAB MUSAFIR KASIH
3)PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL




moga bermanfaat buat sahabat2ku sekalian...

syukran jazilan ustazah...

BINGKISAN DARI KOLEKSI IDAMANKU


FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…
pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri…

S E.I N D A H M A W A R B E R D U R I

“Khazinatul asrar , kau pencuri!”
Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
“Apa yang aku curi?” bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.
“Biarkanlah..!!” hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.
Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam
itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.
“Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.
“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?”
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.
Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
“Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…
“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.
Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?

Sunday, September 13, 2009

sebuah pencarian


tor" content="Microsoft Word 11">

Ketika kita tidur malam nanti, belum tentu kita akan bangun esok pagi. Ketika kita baring, belum tentu kita mampu bangkit dan menikmati keindahan sinaran mentari.
Dr. Ary Ginanjar Agustian


hari2ku kini penuh dengan tanda tanya....


akhirnya ke manakah arah tuju hidupku ini?


apakah akan diterima amalan2 selama ini?


moga mampu ku gapai malam al-Qadar kali ini....


Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini dalam membantu agama-Mu...






Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...