CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 6, 2010

360 ruas- Bersedekah,jom!

Daripada Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah pada setiap satu daripada ruas tersebut. Para sahabat bertanya:'Siapakah yang berdaya melakukannya ya Rasulullah?' Lalu baginda bersabda: Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau neghilangkan halangan di jalan raya, kalau tidak dapat lakukan maka dengan melakukan solat 2 rakaat Duha memadai baginya'.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


InsyaAllah orang yang melakukan solat duha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain2.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata: "Rasulullah s.a.w.berpesan kepadaku dengan 3 perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, solat sunat duha dan solat witir sebelum tidur."

Friday, January 22, 2010

ALHAMDULILLAH..




alhamdulillah......
perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulutku...
usai sudah imtihan pertengahan semester ni..rasa seronok ada, takut pun ada..

1)seronok sebab lega imtihan midsem dah habis..alhamdulillah Dia permudahkan spjg
imtihan....
2)takut jugak....sebab imtihan final pulak yang akan datang menjenguk x lama lagi...

kene prepare awal2 ni(means that: x bole la post entry blog ni selalu??)

btw, dah beberapa minggu x jenguk khabar berita blog ni...
akhirnya dapat jgak peluang...

kali ni saya nak kongsi 1 buku baru (dalam simpanan)yang baru jugak dalam minggu lepas saya habis baca...

TAJUK: TRAVELOG DAKWAH;MENITI HARI ESOK
KARANGAN: MUHD KAMIL IBRAHIM

xdapat kepilkan gambar buku....charger bateri kamera pulak hilang...

"inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"- sesungguhnya setiap sesuatu itu milik Allah dan pastinya akan kembali kepadaNya...Allah bagi pinjam kejap je...

xpe, back 2 da story, tentang buku ni banyak yang dapat saya ambil iktibar...

penulis ni menggambarkan cara hidup beliau yang berkitarkan orang2 elit(profesional) belaka. beliau seorang pensyarah di UiTM Johor.

apa yang paling ,menarik perhatian saya sepanjang pembacaan saya adalah tentang perubahan sikap beliau yang digambarkan melalui pelbagai cerita yang dikongsi dalam buku ni. cabaran hidup yang sangat mencabar...

namun yang paling penting, saya sedar tentang 1 perkara:

---HIDAYAH ITU MILIK ALLLAH---

oleh itu perlu untuk kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. sentiasa mendambakan cinta dan hidayah Allah, yang mana supaya mampu bagi kita semua berpegang dengan aqidah sebenar yakni Islam sebagai ad-deen. wal na'uzubillahi min zalik, sebaliknya jika Dia mahu bila2 masa sahaja Allah boleh menarik nikmat hidayah kurniaanNya ini..

ALHAMDULLAH...

semoga kita sentiasa bernafas di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya...

amin...


~nothing impossible with HIM~

Friday, December 25, 2009

"Iman,kamu cuti hari ini?"

Iman: Assalamualaikum.
Diri: Wa'alaikumsalam. Oh, Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang
ke pejabat. Kamu cuti ke?
Iman: Apa pula saya cuti bos. Saya kan diberikan cuti.
Diri: Oh ye, lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan
keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi kelam-
kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan
kamu.
Iman: Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan dari
En. Nafsu?
Diri: Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar
gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.
Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.
Diri: Eh, jangan! Tolong saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman: Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami
sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.
Diri: Saya rasa serba salah la pula.
Iman: Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu, bos.
Diri: Saya tahu. Jauh di sudut hati saya, saya memang perlukan kamu, En. Iman. Iri
hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang
macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang
berlaku. En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat ,puasa, zikir,
Al-Quran dan apa2 yang patut.
Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat CEO (Allah s.w.t.) sebagai muttaqin.


kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan segala tentang diri, makan, minum, pakaian, mpelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan imanm kita. Buatlah keputusan yang terbaik dan pilihlan agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.

adaptasi: majalah solusi- isu 13~


~NOTHING IMPOSSIBLE ONLY WITH HIM~

Wednesday, December 23, 2009

Wednesday, December 16, 2009

NIKMAT MANAKAH 2

Salam nikmat penuh kesyukuran:)

ingin saya kongsikan ayat2 cinta dari robbul 'alamin..

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" {Ar-Rahman:13}

saya sisipkan beberapa gambar berikut:-







iktibar daripada experimen ini antaranya:-

1- alhamdulillah, saya seorang manusia, umat nabi Muhammad s.a.w

2-alhamdulillah, katak ni syahid masa 'pembedahan' dijalankan (selepas kami "damage" kan otak beliau)

3-syukur~Allah bagi nikmat akal yang mana tidak diberikan kepada makhluk2Nya yang lain..

4-jangan jadi macam katak>> KATAK BAWAH TEMPURUNG!

5-Subhanallah, tak terhitung nikmat pemberianNya kepada kita semua.

Astaghfirullah,sampai lupa kita nak bersyukur....Alhamdulillah~Allahuakbar!

-impossibble is nothing dengan Allah-

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...