CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 2, 2012

CINTA NYA 1, 2, 3

17 jan 12

1, KASIH NAN ABADI TIADA TANDINGI DIA YANG SATU
2, MEMBAWA KE SYURGA.. KASIHNYA IBU
3, SAYANG BERPANJANGAN, RELA BERPAYAHAN.. KASIHNYA AYAH

Aku termenung sendirian di tikar sejadah.. usai solat isya itu aku terus baca surah Yaasin. Dengan harapan dapat aku timbang tara kembali perlakuanku sebagai seorang anak. Layak ke aku jadi anak solehah? Risau aku di buatnya…makin banyakku baca makin laju pulak airmata ni meluncur.. aduh!!!!
Then aku sudahkan bacaan surah tersebut, entah syaitan tahap apa yg cuba merasuk. Kalau fikir semula, perangai aku yang macam kebudakan ni sepatutnya sudah lama aku kikis lagi-lagi sebagai aktivis dakwah. Kuat merajuk! Astaghfirullah…
Teringat ayat “Ridho Allah terletak kepada ridho kedua ibu bapa”… Oh, Allah...Ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku sejak aku kecil lagi… :(

~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

Sunday, January 15, 2012

RINDU BAITULLAH…SAMPAIKAN HASRATKU YA ALLAH…



Berpagian hari ini dengan buku menarik yang seterusnya menggamit hatiku. Lantas terlihat, gegas aku gapai dengan tujuan untuk aku kongsikan sebanyak mugkin kebaikan dengan ummat!

:TEMAT-TEMPAT BERSEJARAH MAKKAH DAN MADINAH:

=tulisan KALAM HAMIDI AL HAJ=

>Keistimewaan Masjidil Haram<

Keistimewaannya banyak disebutkan di dalam hadith-hadith Baginda s.a.w. Antaranya; Ibnu Abd Malikah berkata : Rasulullah bersabda (yang ertinya): Sekali sembahyang di masjidku ini (Masjid Madinah), lebih baik daripada seribu kali sembahyang di masjid lain kecuali Masjidilharam, dan sekali sembahyang di Masjidilharam, dua puluh lima ribu kali sembahyang di masjid-masjid lain. Allah…Allah.. bertambah kerinduanku ke sana.. Ya Allah, Kau sampaikanlah hasrat hambaMu ini Ya Allah…namun kerinduanku kepada Mu juga KekasihMu tidak pernah berkurang…amin…amin..

Sayu pagi ni, bersama seorang sahabat yang menemani. Dalam proses mentarbiyah segala kemungkinan boleh berlaku. Terkadang diri yang ingin metarbiyah itu bakalan ditarbiyah dulu olehNya. Moga aku bersedia :)

-NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM-

Friday, January 13, 2012

Allah... Alhamdulillah..

Allahu robbi.. dengan segala nikmatyang Allah kurniakan pasti kita tak terdaya nak lafazkan rasa syukur..

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Wahai diri, selalu ingat Allah ye :)




Alhamdulillah, sekali lagi saya panjangkan kesyukuran setelah usai berperang dengan minggu peperiksaan. Namnu sebenarnya dalam hatisaya lebih risau apa yang perlu saya isikan diri ini selaku daie dan aktivis Islam, risau asyikleka dengan nikmat dunia yng bermacam! Lantas seorang sahabat mencadangkan untuk saya habiskan buku2 ilmiah yang telah lama terbengkalai disimpan rapi dalam rak buku2 :) Allahu robbi, indahnya berukwah kerana Islam!

Berpagi-pagian dengan sebuah buku karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang ulama dan idola bagiku dengan karangan beliau :TAQWA:..

Ya, sudah lama buku ini di pasarkan, cuma saya yang baru beli, alhamdulillah! :)

Kerana apa saya beli sbb pertama mmg dah lama sangat tak beli buku2 ilmiah untuk cambahkan otak yang dah berkarat ni. kedua sebab bila selak je page first, tajuk yang saya baca: Manfaatkan kekayaan dan kesihatan: terus saya terfikir ttg 5 sebelum 5~
sangat membina buku ini padasaya, jadi modal untuk menyampaikan pada orang lain..

Ingin saya kongsikn dengan anda semua yang membaca, antara quote yang menarik:-
"Harta boleh dicapai sebanyak mana dan sedaya mampu yang dilakukan, tetapi bukan untuk menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya"..

Saya galakkan anda semua untuk dapatkan buku ni bagi yang tiada, serius best!

Moga entry ini bermanfaat untuk semua, maaf atas salah dan silap..

barakallahu fikum~

:NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM:

Tuesday, October 18, 2011

Andai Rasulullah masih ada :)



Ingin sekali aku melihat & mendengar Baginda berbicara :)

Al Hasan Bin Ali r.a. meriwayatkan;

"Aku pernah bertanya kepada pakcikku, Hindun Ibnu Abi Halahyg sangat pandai menggambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya, 'Gambarkan kepadaku bagaimana Rasulullah berbicara'.

Lalu dia pun berkata, 'Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat perihatin dan sentiasa berfikir.Banginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yng perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan dengan menyebut nama Allah.

Ucapan Baginda selalunya padat, terperinci, dan jelas- tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan.Urusan dunia berserta isinya pula tidak pernah membuat Baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar, Baginda tidak akan duduk diam sehingga kebenaran itu ditegakkan kembali. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi. Ketika menunjukkan sesuatu, Baginda selalu menggunakan seluruh tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (tapak tangan).

Ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling,ketika berasa tenang,Baginda menundukkan pandangan. Tawa Baginda adalah senyuman, dan baginda kelihatan seperti butiran salju.'"


~Riwayat Al-Tirmizi~

~dipetik dari GENQ edisi ke-3~

-NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM-

Monday, September 19, 2011

Istimewanya Si Istimewa

-LIMITASI BUKAN PENGHALANG CAPAI MINDA KELAS PERTAMA-



Sem ni saya berpeluang join PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa UM), Alhamdulillah 
Terkadang sebagai manusia biasa aku sendiri lalai dengan nikmat yang Allah kurniakan, astaghfirullah!

Cukup sekadar semua yang membaca entri kali ini sedar betapa bertuahnya kita kerana masih mampu melihat, menulis, membaca, mendengar, merasa dan sebagainya. Wahai diri, jgn sekali2 merasa bangga dengan setiap milikanmu hatta nyawa & dirimu itu adalah kepunyaan Yang Esa!

Tatkala saya hadir ke meeting tersebut, agak awal, setiap pergerakan, tingka laku sapat saya perhatikan. Ya, sudah berpuluh bahkan beratus kali saya menghadiri meeting@ perjumpaan yang sedemikian. Suasana yg biasa saja. Namun insan2 yang hadir menjadikan hati saya luluh, airmata bergenang. Jujur saya katakana yg mereka ini sangat tabah, sahabat2 istimewa. Ramai daripada mereka yg kurang penglihatan, hanya menggunakan tongkat, ada yang berkerusi roda, menggunakna kanta mata yg entah setebal apa; sangat mengharukan!

Satu sahaja yg mampu saya fikirkan ketika itu “Andai Allah menghendaki sesuatu pasti Dia mampu. Ya Allah kuatkan hati insan2 shbt istimewa ku ini Ya Rahman”.. tak terbayang rasanya sekiranya berada di tempat kalian, wahai shbt.

Saya mengambil kesempatan menyeru shbt2 yg berkelapangan untuk menjadi SUKARELAWAN/READER PERMIUM bagi mereka2 yang sangat memerlukan..

http://www.youtube.com/watch?v=lRKPCdao03I
~NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM~

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...