CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 18, 2011

Andai Rasulullah masih ada :)



Ingin sekali aku melihat & mendengar Baginda berbicara :)

Al Hasan Bin Ali r.a. meriwayatkan;

"Aku pernah bertanya kepada pakcikku, Hindun Ibnu Abi Halahyg sangat pandai menggambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya, 'Gambarkan kepadaku bagaimana Rasulullah berbicara'.

Lalu dia pun berkata, 'Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat perihatin dan sentiasa berfikir.Banginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yng perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan dengan menyebut nama Allah.

Ucapan Baginda selalunya padat, terperinci, dan jelas- tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan.Urusan dunia berserta isinya pula tidak pernah membuat Baginda marah.

Jika kebenaran dilanggar, Baginda tidak akan duduk diam sehingga kebenaran itu ditegakkan kembali. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi. Ketika menunjukkan sesuatu, Baginda selalu menggunakan seluruh tapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (tapak tangan).

Ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling,ketika berasa tenang,Baginda menundukkan pandangan. Tawa Baginda adalah senyuman, dan baginda kelihatan seperti butiran salju.'"


~Riwayat Al-Tirmizi~

~dipetik dari GENQ edisi ke-3~

-NOTHING IMPOSSIBLE WITH HIM-

Tetamu Tarbiyah

~SYUKRAN~ MERCI~ARIGATO~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...